Wednesday, January 20, 2010

Malam Bicara Siswa




Suara siswa atau lebih dikenali dengan bicara siswa yg diadakan di Auditorium Kuala Lumpur baru2 ni telah menarik minat kami untuk mewakili UMP sebagai peserta rancangan tersebut. Tajuk yang dibicarakan pada malam tersebut adalah tajuk yg agak pedas iaitu "mahasiswa mengugat". Adakah mahasiswa pada zaman skrang ini mengugat? Topik ini dikupas dengan lebih lanjut oleh wakil pelajar dari UMP , USM dan UiTM. Pada pandangan saya sebagai seorang yg digelar mahasiswa , setiap mahasiswa berhak menyuarakan pandangan dari setiap aspek. Tetapi , dengan cara demokrasi , tidak sepatutnya brlaku. Banyk lgy cara yg lebih berkesan yg boleh dilakukan. Mahasiswa perlulah bersikap matang dalam menyuarakan ketidak puasan hati mereka. Adakalanya kita perlulah bersikap positif dan sedia mengambil apa jenis pandangan yang diberi. Kita janganlah sentiasa membangkang apa saja keputusan atau pandangan dari pihak yang berkuasa. Saya rasa , kita sebagai pelajar bertujuan untuk menimba ilmu dan bukanlah mengkritik dan hanya tahu membangkang apa yang tidak sehaluan dengan kita. Adakah tujuan kita melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti hanya untuk melepaskan perasaan ? tepuk dada , tanyalah selera . Saya cuma berpndapat kita janganlah terlalu fokus untuk berdemokrasi atau sebaliknya tetapi fokuslah kepada ape yg kita harus fokus dan janganlah terlalu ikutkan perasaan , bak kata pepatah ' ikut hati mati '.


No comments:

Post a Comment