Thursday, January 28, 2010

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia




Pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak telah didaftar dan diaskan oleh Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia dengan jumlah cawangan di 12 buah negeri. Jumlah keahlian adalah seramai kira-kira 80,000 orang dan mempunyai sejumlah 105 buah kelas latihan dengan kekuatan seramai 700 orang tenaga pengajar. PSSCM juga telah diterima dengan baik di IPTA seperti UiTM, UUM , UIAM ,UPSI , dan juga UMP.



Tujuan atau matlamat utama Persatuan Seni Silat Cekak ditubuhkan adalah untuk menghidupkan, memperkenalkan serta mempersebatikan pusaka bangsa yang merupakan seni kebudayaan keturunan yang hampir pupus. Selain itu , ia adalah untuk menanamkan perasaan cinta dan kasih akan hak dan warisan mutlak angsa Melayu dan menanamkan semangat bahawa kitalah yang bertanggungjawab menjaga diri sendiri , tanpa bergantung kepada orang lain.

Disamping itu juga , ia bertujuan untuk membasmi dan menentang tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikad Islam. Menanamkan semangat dan roh Islam sebagai pegangan bagi menghadapi apa jua keadaan juga salah satu matlamat Persatuan Seni Silat Cekak ditubuhkan .



Alhamdullilah , pada 24 hari bulan Februari 2010 , saya telah di bai'yah kan oleh pemangku Presiden Persatuan Silat Cekak Malaysia iaitu Datuk Hj. Maideen Bin Kadir Shah di rumah Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia cawangan Pahang.

No comments:

Post a Comment