Tuesday, January 26, 2010

Shisha lebih bahaya daripada rokok ?



Hookah atau lebih dikenali sebagai shisha yg diamalkn oleh orang - orang arab kini telah menjadi satu tren para remaja pada zaman sekarang. Ramai remaja yang beranggapan , menyedut shiha tidak akan mendatangkn apa apa kesan negatif kerana shiha hanyalah arang semata-mata. Tetapi sebenarnya tanggapan mereka adalah salah , menghisap shisha sebenarnye lebih bahaya daripada menghisap rokok. BENAR . ini adalah satu fakta yang saya temui. Saya percaya, ramai dikalangan masyarakat tidak tahu akan perkara ini. Mereka hanya menyedut asap tersebut dan tidak tahu apa akibat yang akan mereka lalui. Pada mulanya, saya sendiri tidak mengetahui bahawa menghisap shisha ini lebih bahaya daripada rokok , tetapi apabila saya terbace satu artikel , ia benar - benar mengejutkan saya.




Daripada ape yg saya temui ,hasil kajian dari
Laboratorium Nasional Prancis yg dipublikasikan Agen Anti Tembakau Perancis (OFT) menemukan bahawa menghisap shisha sama dengan menghisap karbon monoksida dari 15-52 rokok. OFT juga menyatakan bahawa shisha merupakan sumber utama polusi udara dalam gedung atau area tertutup. Presiden OFT, Bertrand Dautzenberg mengatakn, jika dibandingkan dengan data asap rokok biasa, seorang penghisap shisha sama menimbulkan polusi dengan sekitar 70 penghisap rokok biasa.


Ha, kalau korung masih ragu ragu , menurut doktor pakar iaitu Dr. Maamor perbuatan menghisap asap shiha boleh mendatangkn penyakit seperti bronkitis yg kronik , emphysema , dan kanser paru paru. Emphysema ? ape bnda tu ? Korung cuba bayangkn bila organ paru paru dalaman korung mula terhakis dan tersumbat . Dia akan mengecut dan bila bila mase je saluran pernafasan akan tertutup . Bayangkn la . Sel sel darah , tambah dengan jantung korang yg akan betukar macam nanah dan berlendir .

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr. Zarifah Datuk Mohd Zain ketika ditemubual dalam program sama mengulas mengenai tabiat menghisap 'shisha' dalam kalangan rakyat di negara ini yang semakin membimbangkan. Menurutnya, 'shisha' disahkan mengandungi kesan sampingan yang sama seperti rokok dan tembakau-tembakau yang lain dan jumlah racunnya juga tidak kurang daripada rokok. Bukti itu diperkukuh apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (W-H-O) turut mengklasifikasikannya sebagai tembakau.



Saya disini sekadar ingin berkongsi pengetahuan ape yg mungkin sesetengah pengamal tidak sedar kesan negatif daripada menghisap shisha.Masih tidak terlambat untuk kita berhenti daripada terus memudarat kan tubuh badan.

No comments:

Post a Comment